10 Tips Untuk Mengambil Hati Bakal Mentua

Setiap manusia mempunyai impian untuk berkahwin dan mempunyai anak cucu kelak.Namun impian itu tercapai apabila anda telah bertemu dengan seseorang yang anda cintai dan bersedia memikul tanggungjawab masing-masing sebelum ke arah melansungkan perkahwinan.Bagi mereka yang sudah bersedia berumah tangga anda perlu melalui peringkat di mana melakukan pertemuan merisik di antara orang tua pasangan masing-masing.Jadi soalan di sini adakah anda bersedia berdepan dengan bakal mentua anda?jika masih belum yakin atau rasa gementar,anda boleh pratikkan 10 cara ini bagi memudahkan proses impian anda!

ambil hati pada bakal mentua?

1. Rancang pertemuan

Ini tips berjumpa bakal mertua yang pertama. Faktor masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mentua. Kerana pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu.

 Elakkan pertemuan secara mengejut, atau datang bukan dalam waktu keraian. Pilihlah tarikh pertemuan seperti hari raya, kenduri kahwin saudara dan yang sewaktu dengannya.Untuk lebih menunjukkan adab, biar pasangan kita yang aturkan pertemuan itu. Kita cuma ikut sahaja aturan dia.

2. Jaga penampilan diri

Tanggapan pertama keluarga mentua amat penting supaya mentua dapat menganalisa keperibadian anda sepenuhnya. Maklumlah, untuk menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda, mereka perlulah membuat kajian sendiri juga tentang bakal menantu yang akan dikahwini oleh anda.

 Jadi berpakaian sopan merupakan kepentingan utama. Contoh berpakaian sopan yang paling ideal adalah baju kurung.Jangan pakai yang terlalu menjolok mata. Ini bukan pameran fesyen. Juga janga terlalu formal siap tali leher, bagaikan di pejabat. Biar santai tetapi kemas.

3. Tunjukkan adab sopan dan kerajinan

Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baikdan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian anda. Untuk perempuan, ringankan tulang anda untuk membantu bakal mentua seperti memasak, mengemas, membasuh pinggan dan sebagainya. Bakal mentua juga akanmenganalisa anda berdasarkan skil komunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak.

Untuk lelaki pula, jika ada kenduri, buat-buatlah rajin tolong goreng ayam. Jika ada keramaian.ringankan-ringankan tangan angkat makanan dan dulang pada tetamu. Tentu akan ada orang berbisik-bisik,“Eh, siapa tu yang rajin angkat hidang. Tak pernah nampak pun”. 

4. Biarlah bersederhana

Tips berjumpa bakal mertua yang seterusnya ialah sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Ianya juga akan merapatkan silaturrahim antara kedua belah pihak. Untuk perempuan, elakkanlah bermekap tebal-tebal.5. Jadi diri sendiri, jangan ‘fake‘Ini adalah tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Ianya akan menunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada mentua. 

Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya. Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua.Jangan sebelum kahwin nampak baik, selepas kahwin baru tunjuk tembelang!

6. Ada pengetahuan agama yang kukuh

Ilmu pengetahuan tentang agama amat penting kerana itu adalah tunggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Agama memberi panduan kepada keluarga dan pasangan ke arah kehidupan yang lebih bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu juga, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang akan lahir kelak.Untuk lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tidak tahu pula. Apatah lagi bila didorong ke depan untuk jadi imam solat, asyik geleng-geleng kepala. Jika mahu kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.

7. Soal-selidik pihak mentua

Sebelum berjumpa pihak mentua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda. Ini kerana ianya dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tanya betul-betul, cuma jangan sampai pasangan rasapissed-off.

8. Pandai membuka bicara/memulakan topik perbualan.

Dalam mana-mana skil komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutamanya apabila di dalam keadaan yang janggal. Setelah melakukan soal-selidik pihak mentua daripada pasangan anda, anda akan dapat gambaran apakah topik yang dapat dibicarakan bersama mentua. Cuba berbual secara spontan dan natural, supaya ianya tidak digambarkan seperti sudah dirancang dan diskripkan.Jika tidak tahu mahu bual apa, cuba tanya tentang cuaca,“kemarin hujan ka di sini?sekarang macam musim hujan pula..Banyak betul dengar berita yang banyak kawasan naik air”Kata kunci itu sebagai memanjangkan perbualan anda.

9. Bawa buah tangan

 Buah tangan merupakan simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mentua. Dari soal-selidik juga, anda dalam proses menambat hati mentua. Ianya juga dapat dijadikan topik perbualan seperti contoh, kalau anda membawa kek lapis, kemungkinan pihak mentua akan bertanya dari mana anda membelinya. Jikalau anda membuat sendiri, mungkin anda dan pihak mentua dapat berkongsi resipi atau tips untuk memasaknya.Yang paling selamat ialah dengan bawa buah-buahan sahaja. Tanya pasangan, buah-buahan yang macam mana yang mertua suka.

10. Kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar

Ini tips berjumpa bakal mertua yang terakhir. Dan ini antara yang paling penting. Jangan buat muka sombong. Cuba berbaik-baik dan kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar. Mulanya, mungkin ada yang nampak sombong. Bila bakal mak mertua kenalkan satu persatu, mungkin boleh jadi lebih rapat.Ambil peluang untuk mengenali lebih rapat, kerana bila berkahwin dengan pasangan, kita bukan kahwin dengan pasangan itu sahaja. Kita kahwin dengan seluruh keluarganya.

Semoga cara ini akan memberi manfaat kepada anda yang sedang merancang ke alam perkahwinan.Kunci kejayaan ini adalah anda mesti yakin dan harus menjadi diri sendiri tanpa hipokrit.kerana perwatakan anda akan dilihat sampai bila-bila jika anda masuk ke dunia alam berumah tangga.

Comments