Fenomena menganggur bagi graduan tidak asing lagi di negara malaysia malahan di luar negara pun turut mengalami masalah ini.Salah memilih bidang yang di ambil menyebabkan terjadinya pengangguran kelak.Jom kita lihat bidang-bidang yang boleh menyebabkan graduan tidak mendapat kerja.
1.PENGURUSAN PERNIAGAAN
2.SAINS GUNAAN
Program Sains Gunaan sebenarnya cukup penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana ini merangkumi 4 cabang penting dalam bidang penyelidikan iaitu biologi, kimia, geologi dan fizik. Tidak ada penjelasan khusus dari KPT berkenaan mana satu cabang yang dimaksudkan terjejas teruk. Bidang sains gunaan bergantung kepada cabang sains yang dipilih dan kebanyakan graduan yang terhasil dilatih untuk mempunyai kemahiran dalam bidang penyelidikan, yang mungkin kurang diperlukan dalam industri negara kita setakat ini.
3.PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Kursus ini sebenarnya adalah satu cabang lain dalam ilmu perniagaan cuma bezanya difokuskan lebih kepada aspek komunikasi dan etika perniagaan. Kita semua Jabatan Sumber Manusia atau HR Department adalah Jabatan yang bertindak menyelia dan menguruskan semua perkara tentang pekerja dari aspek pengambilan, gaji, disiplin, latihan sehinggalah menguruskan pemberhentian pekerja.
4.PERAKAUNAN
Jawatan Akauntan adalah satu bidang yang memerlukan kelulusan professional namun tidak memerlukan sumber pekerja yang ramai. Memerlukan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang cekap, graduan perakaunan mempunyai kemahiran yang sangat spesifik jika dibandingkan dengan graduan-graduan lain seperti perbankan atau perniagaan. Pendapatan seorang akauntan yang berkelayakan ACCA sebenarnya menarik namun persaingan yang sengit membuatkan ramai graduan akauntan tiada peluang pekerjaan.
5.SENI
Tidak ada perincian kursus tentang kemahiran seni mana yang dimaksudkan tetapi kami merasakan melihat keadaan ketika ini, kebanyakan graduan yang susah hendak mendapatkan peluang pekerjaan adalah graduan yang mengambil seni halus dan seni reka, yang melibatkan hasil pertukangan seperti tekstil, logam dan lain-lain. Graduan yang keluar sebenarnya mempunyai kemahiran yang cukup tinggi tetapi dengan kemajuan teknologi yang semakin banyak menggantikan kemahiran tangan, persaingan ini nampaknya semakin tidak menguntungkan graduan-graduan.
6.SAINS SOSIAL
Sains sosial meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, komunikasi, geografi, sosiologi, hubungan antarabangsa dan hubungan industri sebagai contoh, namun permintaan untuk bidang-bidang ini semakin lama semakin menguncup. Kekurangan keperluan pakar dalam bidang ini terutamanya pada sektor swasta menyukarkan graduan mendapat tempat dalam industri yang kini bergerak ke arah lebih mencari pakar-pakar yang mempunyai kemahiran praktikal.
Comments
Post a Comment