Akar Dan Pucuk Bunga Raya Adalah Ubat Terseliuh Luka Dan Bengkak

Akibat sibuk bekerja atau pun kelalaian kita sendiri menyebabkan kita sering lalai untuk menjaga diri.Apabila kita terjatuh atau pun terlibat dalam kemalangan sudah tentu badan kita mengalami kecederaan seperti luka dan terseliuh.

Di sini kami kongsikan petua tradisional yang boleh di jadikan ubat kecederaan ini.Untuk pengetahuan umum Bunga raya bukan sahaja sejenis bunga hiasan tetapi juga boleh dijadikan ubat trasional sejak turun menurun oleh nenek moyang kita.Pucuk bunga raya dan akar bunga raya mempunyai dua manfaat yang sama tetapi cara yang berbeza.Mari kita kenali bagaimana petua ini terhasil.

bunga raya

Pucuk bunga raya ini boleh meredahkan sakit pembengkakkan dan memudarkan kehitaman akibat bengkak yang berlaku di mana-mana badan kita.Cara-cara ubat ini dihasil:

1.Ambil pucuk bunga raya.Kuantiti pucuk bunga itu bergantung kepada saiz luka atau kesan terseliuh.Cuci hingga bersih.

2.Masukkan ke dalam cerek serta letakkan sedikit air.Biarkan sehingga menjadi lembut seperti lumut.

3.Apabila pucuk bunga itu menjadi suam.letakkan pucuk bunga yang telah lembut di bahagian luka,terseliuh atau bengak.Guna kain putih yang bersih untuk menutup bahagian terseliuh itu.Ikat kain itu supaya ubat pucuk itu tidak jatuh.



bengkak yang menjadi hitam

Akar bunga raya juga mempunyai manfaat yang baik untuk fizikal badan kita yang terseliuh,luka dan bengkak.Namun proses ubat ini untuk diminum sahaja.Kesan daripada ubat ini boleh melancarkan aliran darah kita supaya bengkak yang menjadi hitam itu akan hilanh serta merta.Mari kita lihat cara-caranya.

1.Cabut akar bunga raya.Kuantiti berdasarkan saiz luka,bengkak yang terseliuh.Cuci sehingga bersih.

2.Letakkan akar bersama air menggunakan cerek.Pastikan sehingga mendidih.

3.Biarkan sehingga suam.Minum ubat ini 2 kali sehari.


Bagi anda yang terlibat dalam kemalangan atau terjatuh sehingga fizikal badan anda terseliuh boleh mencuba cara ini.Biasanya petua dari nenek moyang selalu berhasil dan mujarab.

Comments