TEORI DAN MITOS ASAL USUL NAMA GUNUNG KINABALU
Dari Sumber Wikipedia
Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, "gunung nenek moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.
Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesasihan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.
Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.
Mitos kedua, Pada suatu masa dahulu menurut orang-orang tua tinggalan di sekitar Daerah Kundasang, Sabah. Seorang penggembara Putera Raja China yang ingin mendapatkan sebutir mutiara daripada Naga yang mendiami puncak gunung. Selepas pertarungan yang habat Putera China dapat mengalahkan naga dan mengambil mutiara tersebut. Lalu Naga tersebut menjadi Batu. Namun, mitos pertama ini tidak berapa sahih dan kurang mendapat perhatian dan tarikan.
Seterusnya, mitos kedua berkaitan dengan Putera Raja China juga, hal ini kerana pengembaraan awal yang meneroka kawasan bumi Borneo ini dikatakan bahawa pelayar China yang terlebih dahulu hadir di kawasan ini juga. Putera Raja China berkahwin denga gadis tempatan yang berbangsa Dusun, Selelah beberapa tempoh berada di bumi Borneo ini, maka terpaksalah Putera China tersebut balik ke negara asal beliau.
Namun demikan isterinya tidak di bawa sekali mengikutinya. Akibat daripada kekecewaan yang dihadapi gadis dusun tersebut, dia lari dari kampung dan menuju ke puncak gunung dan menjadi batu. Dipercayai bahawa gunung yang di daki oleh si gadis tersebut adalah Gunung Kinabalu kini.
Dari Sumber Wikipedia
Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, "gunung nenek moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.
Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesasihan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.
Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.
Mitos kedua, Pada suatu masa dahulu menurut orang-orang tua tinggalan di sekitar Daerah Kundasang, Sabah. Seorang penggembara Putera Raja China yang ingin mendapatkan sebutir mutiara daripada Naga yang mendiami puncak gunung. Selepas pertarungan yang habat Putera China dapat mengalahkan naga dan mengambil mutiara tersebut. Lalu Naga tersebut menjadi Batu. Namun, mitos pertama ini tidak berapa sahih dan kurang mendapat perhatian dan tarikan.
Gunung kinabalu yang terletak di Sabah |
Namun demikan isterinya tidak di bawa sekali mengikutinya. Akibat daripada kekecewaan yang dihadapi gadis dusun tersebut, dia lari dari kampung dan menuju ke puncak gunung dan menjadi batu. Dipercayai bahawa gunung yang di daki oleh si gadis tersebut adalah Gunung Kinabalu kini.
sangat bagus
ReplyDeleteterharu kisah ini :-(
ReplyDelete