Cara-cara untuk Menghilangkan Penyakit Insomnia Yang Berlarutan

Walaupun insomnia atau kesukaran tidur ini bukanlah suatu yang merbahaya namun jika ia berlarutan dalam jangka masa yang panjang ia juga memberikan kesan negetif pada diri kita sendiri.Oleh itu janganlah mengambil hal ini secara perkara ringan tetapi rawatilah sebelum ke peringkat yang lebih teruk nanti.Ambillah tips ini pada mereka yang mengalami kesukaran tidur.


awas insomnia

Penjagaan Sendiri

Elakkan:

• Meminum minuman yang mengandungi
kafein (seperti kopi,teh, minuman kola)
dan alkohol, merokok atau mengunyah
tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur,
bergantung kepada bagaimana ia boleh
mempengaruhi kemampuan anda untuk
tidur.

• Tidur dengan perut yang kosong atau
terlalu penuh.

• Membawa perselisihan atau masalah ke
tempat tidur jikalau ia boleh diselesaikan
sebelum itu.

• Memaksa diri untuk tidur dan merasa
risau mengenainya.

• Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang.
Bersenam secara tekal 3 hingga 5 kali
seminggu. Walau bagaimanapun, senaman
berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.

Berehat sebelum tidur.

Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur.

Belajar cara-cara menenangkan diri di lampu dan kebisingan.

Tidur di atas tilam yang selesa, bantal yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.

Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk
dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau
tempat menonton televisyen.

Jika anda berbaring dalam keadaan jaga
melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang
menyenangkan dan merehatkan anda.

Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan
sebagai amalan sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti:

• Mandi air suam
• Minum susu suam.
• Membaca buku yang membosankan atau
bahan bacaan ringan seperti majalah.
• Mendengar muzik yang menenangkan.
Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang
sama tanpa mengambil kira waktu anda
tidur. Semak semula preskripsi dan ubat-
ubatan yang anda beli dengan pegawai
farmasi untuk mengelakkan dari terambil
ubat-ubatan yang menyumbang kepada masalah tidur.

Bila anda perlu berjumpa doktor ?

Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan jika masalah untuk tidur berlarutan atau mula mengganggu kerja/aktiviti harian anda terutamanya apabila anda menderita insomnia kronik ( yang berterusan untuk jangka masa panjang) yang berkait dengan penyakit. Doktor akan memeriksa kesihatan anda secara keseluruhan dan bertanya tentang tabiat tidur anda yang biasa.

Anda mungkin diberikan pil tidur atau dirujuk kepada pakar sakit jiwa. Jangan mengambil pil tidur tanpa nasihat doktor. Pil-pil tidur paling baik digunakan untuk menghilangkan masalah tidur yang
sementara pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh membawa kepada ketergantungan kepada ubat apabila badan mula menyesuaikan diri dengan pil-pil
ini. Ini bermakna anda mesti mengambil lebih pil tidur untuk mencapai kesan yang di ingini.

Doa Harian

Minta petunjuk kepada Tuhan agar masalah atau penyakit anda dapat di sembuhkan.Berdoalah untuk ketenangan hidup.kerana gangguan kesukaran untuk tidur itu akibat daripada keresahan yang berlarutan.

Comments