Cara Tradisional Menghilangkan Parut Jerawat

Petua Cara Hilangkan Parut jerawat

Sudah semestinya anda gusar dan rimas tentang parut jerawat di wajah anda kerana wajah adalah aset utama yang sangat penting untuk penampilan diri anda.Namun usah risau lagi kerana anda boleh mencuba rawatan tradisional ini.

Cara-cara

1.Sediakan 2 btg kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk.

 2. Tumbuk kulit kayu manis sehingga jadi serbuk halus.

 3.Campurkan pula serbuk kayu manis tadi dengan bedak sejuk.

 4.Tambahkan sedikit air semasa digaul.

 5.Kemudian sapu pada bahagian yang berparut. Lakukan sekerap mungkin. Parut2 akan pudar. Ia juga sangat berkesan untuk bintik2 hitam di muka.

Petua Cara Hilangkan Parut jerawat dengan Asam Jawa

 1.Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas2 dan campurkan sedikit dengan air biasa. Jangan terlalu cair.

2.Kemudian sapukan pada parut2 di muka. Biarkan ia sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum nak tidur. Lakukan sekerap mungkin. Parut akan pudar dan hilang

PETUA TIMUN

TIMUN mengandungi kadar air yg sgt tinggi dan tidak lupa juga ia mengandungi vitamin A ,vitamin C dan magnesium yg semua terbaik untuk kulit anda.

1-kisar timun smpaii hancur dan tapiskan airnya

2-pastikan wajah dah bersih dari sebarang krim atau makeup.

3-lumurkan timun yang dikisar /dihancurkan td pada seluruh wajah dan leher .

4-biarkan selama 30 minit sehingga kering

5-bilas dgn air bersih .

Getah TIMUN membantu membersihkan kulit ,memudarkan parut dan mengecutkan jerawat ..ini juga blh menjadikan kulit akn mkin lembab dan tegang .

letakkan petua tersebut seperti mask


Comments