Rata-rata di Malaysia penyakit no.1 yang menjadi pembunuh si penderita adalah penyakit kanser.Oleh kerana masih ramai masyarakat malaysia mengambil remeh tentang penyakit ini maka masyarakat mudah terdedah pada penyakit yang merbahaya.Hari ini kita perlu mempelajari apa itu kanser limfoma.
"Apa Itu Kanser Limfoma (Lymphoma)
kanser limfoma lymphoma"
![]() |
kanser limfoma |
Kanser Limfoma adalah Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa.
Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.
Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.
Bagaimana Kanser Limfoma Terbentuk:
Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.
Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.
Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.
Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma ialah:
Warga tua
Lelaki
Menghadapi masalah auto-imun
Pengidap HIV/AIDS
Banyak memakan daging merah dan lemak
Selalu terdedah kepada bahan kimia
Tanda Tanda Kanser Limfoma
Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
Demam
Badan menjadi lemah dan keletihan
Hilang berat badan
Sentiasa berpeluh
Sukar benafas dan sering sakit dada
Gatal gatal pada kulit
Ruam kulit
Bagaimana Kanser Limfoma Dirawat?
Doktor akan mengambil sedikit sampel dari dalam nod limfa yang membengkak untuk diuji.
Ujian lain yang akan dilakukan adalah ujian darah, biopsi sum sum tulang, dan juga CT scan atau PER scan. Ini bagi menentukan tahap kanser yang dialami.
Jenis rawatan akan dilakukan oleh doktor dengan mengambil kira faktor usia, tahap kesihatan, tahap kanser dan jenis kanser.
Antara rawatan yang bakal dilakukan untuk penyakit ini adalah:
Kimoterapi
Kimoerapi dan radioterapi ke kawasan sakit
Terapi biologi - contohnya suntikan antibodi terus ke kawasan sakit.
Rawatan Stem Cell
Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakan?
Oleh sebab punca utama kanser limfoma tidak dapat dikenalpasti puncanya, maka tiada cara yang jelas yang boleh disarankan.
Walaubagaimanapun, pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah terjadinya kanser.
Jika ada didapati mempunyai tanda tanda berulang seperti yang disenaraikan sebelum ini, lakukan pemeriksaan segera dan jangan bertangguh.
Comments
Post a Comment