Kenali Hamil Luar Rahim

Apa itu ectopic pregnancy(EP)?? Atau dalam bahasa melayu, isitilah ini dipanggil kehamilan di luar rahim.

Ectopic bermaksud "di tempat yang salah"

Kehamilan ectopic bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

Didalam kes ectopic pregnancy, penempelan embrio/ fetus boleh berlalu di:
- tiub falopio
- Kilang telur (ovary)
- Abdomen
- Pangkal rahim ( cervical)

Apakah simptom2/ gejala2 EP?
wanita yang positive UPT yang mengadu
- sakit perut dibahagian bawah yang sangat teruk dan berterusan
- pendarahan faraj pada awal kandungan

Mengapakan EP Boleh berlalu?
Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat EP?
- pernah mengalami kehamilan luar rahim
- Merokok
- Menggunakan IUD ( keadah perancang)
- Hamil memalui kaedah IVF
- Pernah mengalami pembedahan
- Endometriosis pada tiub falopia
- Pernah mengidap penyakit radang pelvik ( pelvis inflammantory disease)

Kenapa EP perlu dirawat awal/ dikenal pasti dari awal?
Ini adalah kerana apabila embrio membesar, ia akan menyebabkan tegangan kepada tiub dan berisiko untuk pecah yang boleh memyebabkan pendarah yang banyak kepada si ibu. Pendarahkan yang banyak boleh mengancam nyawa si ibu dan boleh membawa maut.

Comments