Penting!! Inilah Penyebab Insomnia

Apakah yang dimaksudkan dengan
Insomnia?

insomnia(kesukaran tidur)

 Kebanyakan orang pernah sekali-sekala
mengalami masalah sukar untuk tidur. Ia
merupakan satu perkara biasa dan mungkin tidak di anggap sebagai satu
masalah kesihatan. Janganlah berasa
risau sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur pada ketika tertentu dalam
kehidupan anda.

 Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur dan tidur dengan nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari.

Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila
anda bangun di pagi hari dan merasa
bertenaga dan telah berehat secukupnya.
Sebanyak mana tidur yang anda perlukan
bergantung kepada individu dan mungkin
hanya 4 jam semalam atau mungkin
sehingga 10 jam.

Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang
lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.

Pengkelasan Insomnia

Insomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

→ Insomnia Sementara

Ianya bergantung kepada keadaan dan bi-
asanya disebabkan oleh perubahan persekita-ran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

→ Insomnia Jangka Pendek

Jika lebih banyak tekanan yang datang
(contohnya kematian seseorang yang
disayangi, dibuang kerja atau berlaku
penceraian), insomnia sementara mungkin
melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.

→ Insomnia Kronik

Jika insomnia jangka pendek tidak
dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanyaberlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, disfungsi fisiologi (gangguan fisiologi) atau penyalahgunaan
bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk
mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Tanda-tanda dan gejala insomnia

• Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.

• Tidur yang tidak nyenyak dan sering
terganggu, contohnya terjaga beberapa kali
di waktu malam.

• Terbangun di awal pagi kemudian sukar
untuk menyambung tidur semula.

• Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari.

Apa faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya insomnia?

Faktor gaya hidup

Sikap dan ubat-ubatan bolehmenyebabkan
berlakunya insomnia atau menerukkan lagi masalah tidur yang dialami.

Tabiat meminum alkohol, minuman yang mengandungi kafein dan merokok merupakan antara contoh utama.

Faktor gaya hidup lain yang boleh
menurunkan kualiti tidur ialah seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke rumah baru.

Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan antihipertensi boleh menyebabkan insomnia menjadi semakin teruk.

Tekanan hidup yang semakin bertambah
sama ada di rumah atau di tempat kerja.

Masalah-masalah kesihatan

Penyakit yang boleh menyebabkan rasa
sakit (contoh: angina pektoris, artritis,
kanser, ulser peptik /refluks saluran
gastrousus), masalah pernafasan (contoh:
asma, bronkitis, penyakit penyumbatan
pulmonari kronik, kegagalan jantung
kongestif) atau kerap terasa ingin
membuang air kecil (contoh: penyakit
kencing manis).

Masalah-masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik.

Masalah psikiatri

Kemurungan, gangguan keresahan,
Skizofrenia, gangguan bipolar,
penyalahgunaan bahan seperti dadah dan
ubat-ubatan boleh menyebabkan insomnia.

Persekitaran tidur yang tidak selesa
Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu
lintas, kapalterbang, atau bunyi televisyen
jiran boleh menyebabkan tidur terganggu.
Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau sejuk/panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga boleh menggangu tidur.

Comments

  1. 1xbet korean Sportsbook (2021) » Bet on Racing | LegalBet.co.kr
    1xbet korean sportsbook in South Korea. Online Betting · Top Sportsbook หารายได้เสริม of 2021 · Best 바카라 Horse Racing 1xbet Betting Sites in South Korea.

    ReplyDelete

Post a Comment