Petua Semula jadi Untuk Penghidap Gout

Bagi penghidap penyakit gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ini Allupurinol untuk turunkan paras asic uric manakala Goutner 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.


penyakit gout

contoh penyakit gout

Hari ini admin mahu kongsikan petua mudah untuk mereka yang menghidap Gout. Hanya guna tiga bahan mudah ini sahaja untuk merawat penyakit Gout. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.


Bahan-bahan:

1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.


Tip tambahan:

• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.
Sumber dari:Keluarga

Comments