Pesanan untuk gadis selepas aku;
Dia; lelaki itu, dia akan terus mendesak untuk makan walaupun kau kata kau sudah kenyang. Dia tahu kau berbohong. Dia akan berkeras memberikan jaketnya walaupun kau kata kau tak rasa sejuk. Dia tak rela kau sakit. Dia akan singgah ke rumah kau walaupun dia tengah tak sihat, kerana dia tak ingin kau rasa sepi walaupun kau kata kau tak rasa sepi. Dia ego dan keras kepala ketika menyayangi kau.
Setelah harinya yang panjang dan melelahkan, dia akan menanyakan bagaimana hari kau berjalan. Jawablah dengan senang hati. Dalam suara kau, dia menemukan ketenangan. Berceritalah sementara dia memejamkan mata, terus bercerita sampai dia terlelap, biarkan dia tertidur dengan suara kau sebagai penutup harinya.
Dengarkan juga ceritanya, tanya bagaimana harinya. Biarkan dia membuat kau tertawa dengan gaya ceritanya yang berlebihan. Sesekali, luangkan masa dengannya di beranda. Biarkan sepasang kaki kalian bersinggungan sementara kalian bertukar senyum dan tawa. Dengarkan dia bercerita tentang hidupnya. Perjalanan masa depan yang begini dan begitu.
Dia; lelaki yang angkuh, kau harus tahu itu. Dia tidak menangis kecuali hal apapun tentang ibunya. Bahkan ketika kau meminta untuk pergi sekalipun, dia akan menatap kau dengan tenang, dan berkata, “Silakan.” Jadi, jangan sesekali kau meminta ingin pergi jika yang sebenarnya kau inginkan adalah tinggal lebih lama. Dia akan menerima kepergian kau dengan tubuh tegap dan hati yang lapang; kerana sungguh, dia lelaki yang angkuh.
Sesekali lepaskanlah ego kau. Dia sekeras batu, tapi di tangan yang tepat dia akan jadi selembut kepakan sayap kupu-kupu. Bersabarlah. Aku mohon, bersabarlah, dia lelaki yang pelik. Dia hanya perlu waktu dan rasa percaya. Aku mohon, bersabarlah
Sayangi dia lebih dari aku menyayanginya. Hanya dengan itu aku boleh dengan tenang melepaskannya. Sekarang aku hanya boleh menyayanginya melalui doa-doa, semoga tentang kalian. Aku harap dia menemukan sebentuk kebahagiaan yang tidak dia temukan bersama aku.
Aku harap kau adalah jawapan atas segala doanya; wahai gadis selepas aku.
Jaga lelaki itu sebaiknya

gambar hiasan |
Comments
Post a Comment