Siapakah Mona Fandey?Kisah Seram Yang Mengemparkan!!

Pada tahun 2001,Malaysia digemparkan dengan berita kematian banduan Maznah Ismail atau lebih di kenali sebagai Mona Fandey.Hukuman gantung sampai mati itu jalankan atas tuduhan membunuh seorang bekas ahli Dewan Undangan Negeri.



mona fandey




Maznah Ismail dilahirkan pada 1 Januari 1956 dan tarikh kematiannya pada 2 November 2001. Dia  lebih dikenali sebagai Mona Fandey merupakan salah seorang penyanyi popular, bomoh dan pembunuh yang terkenal di Malaysia. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 diPenjara Kajang,Kajang,Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam,Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.



Maznah binti Ismail memulakan kerjaya awalnya sebagai penyanyi dan pernah mengeluarkan album pertama yang bertajuk,Diana Ipada tahun 1987 dan terkenal menerusi lagu “Ku Nyanyikan Lagu Ini”. Ketika itu jugalah beliau mula menggunakan nama komersial,Mona Fandey, nama yang kekal popular dan terus terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia sehingga kini.


Kegagalan Mona menyanyi dengan baik dikatakan menjadi punca beliau beralih arah ke bidang perubatan tradsional. Mohd Affandi Abdul Rahman merupakan suami ketiga Mona Fandey dan menuntut ilmu persilatan di Indonesia.Beliau juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Mazdiana Affendi.


Pada Julai 1993, Datuk Mazlan Idris telah menghampiri Mona Fandey untuk bantuan ghaib untuk meningkatkan kerjaya politik beliau dan mendaki tangga parti. Beliau telah dipelawa oleh Mona Fandey dan pasangannya, untuk mengambil bahagian dalam satu upacara ilmu hitam di rumah Mona Fandey tersebut. Datuk Mazlan Idris telah diminta baring di lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang untuk"jatuh dari langit." (seperti yang diberitahu oleh bomoh tersebut) Tiada wang jatuh, sebaliknya ia merupakan sebilah kapak. Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey di negeri Pahang, kira-kira 130 kilometer timur laut dari Kuala Lumpur. Datuk Mazlan Idris dilaporkan hilang pada 2 Julai, 1993 selepas dia telah keluarkan RM300,000 daripada beberapa buah bank di Kuala Lumpur.


Sehari selepas pembunuhan itu, Mona Fandey telah pergi membeli-belah di Kuala Lumpur, dan kemudian membeli sebuah Mercedes-Benz serta menonjolkan wajah baru.Apabila disoal, pembantu Mona Fandey, Juraimi Hussin telah buat kenyataan kepada pihak polis yang membawa kepada penemuan mayat Datuk Mazlan Idris. Tidak mengejutkan, Mona Fandey dan suaminya segera menjadi suspek utama.


Hukuman gantung sampai mati ditetapkan pada pagi Jumaat, 2 November 2001 di Penjara Kajang yang baru sahaja dibuka. Sebelum fajar pada pagi jumaat, ketiga-tiganya digari dan kepalanya ditutup dalam sel-sel mereka yang bersebelahan dengan bilik hukuman. Mereka kemudian dibawa ke tiang pergantungan dengan tiga tali gantungnya dalam gaya Inggeris yang bergantung dari tiang logam. Kaki mereka diikat pada pelantar boleh gerak dan tali gantung disesuaikan sekeliling leher mereka. Pada 05:59,droptelah dijatuhkan dan ketiga-tiganya telah jatuh ke bawah. Hukuman gantung sampai mati tersebut telah disaksikan oleh sejumlah kecil penjaga penjara, pegawai dan doktor penjara.Pihak akhbar dan masyarakat umum tidak terlibat. Seorang pegawai mengatakan kepada surat khabarMalay Mailpagi itu bahawa ketiga-tiga tertuduh tidak bertaubat sehingga ke saat akhir. "Mereka tidak mengatakan apa-apa, mereka tenang – seperti mereka yang terima bahawa mereka akan mati." Hukuman gantung sampai mati diumumkan secara rasmi di pagi hari oleh seorang wakil Penjara Malaysia. Jamil Razif Kassim memberitahu wartawan, "Ketiga-tiganya telah menjalani hukuman mereka pada pagi ini.


Mona Fandey mendapat perhatian sekalipun ketika itu beliau masih seorang penyanyi pop. Terdapat juga liputan media tempatan dan antarabangsa yang meluas serta perhatian umum mengenainya. Sebuah pergerakan anti-hukuman mati, Amnesty International telah menyuarakan bantahan mereka terhadap penggantungan Mona,suaminya Affandi dan pembantu mereka, Juraimi.Pada 2002, pengarah filem Malaysia Amir Muhammad mengarahkan filem pendek bertajuk Monayang diterbitkan dalam 6 siri filem pendek.


Pada 2006, sebuah filem arahan Dain Iskandar Said yang bertajukDukunyang berdasarkan kisahMona Fandey. Filem ini tidak ditayangkan setakat Disember 2011 dan tidak sesuai ditayangkan kepada umum berikutan beberapa isu seperti kandungan dalam filem, perhubungan dengan Mona Fandey dan implikasi terhadap waris dan keluarganya.


Kes Mona Fandey merupakan salah satu perbicaraan juri yang terakhir dijalankan di Malaysia. Sifat sensasi kes itu lebih menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan sistem juri. Semua perbicaraan oleh pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari 1995.


TV3 menerusi rancangan KES: Kronologi. Eksklusif. Siasatan terbitannya menyiarkan laporan mengenai kes pembunuhan Mona Fandey.Mona dilakonkan oleh Umie Aida menerusi filem 2007 bertajuk Dukun arahan Dain Iskandar Said, namun diharamkan tayangannya berikutan isu undang-undang.

Comments