Teknik menghilangkan Muka Berminyak Yang Berlebihan

Macam Mana Nak Jaga Kulit Berminyak?

muka berminyak

Selalu Cuci Muka

Mereka yang mempunyai kulit muka berminyak digalakkan untuk mencuci muka 3 kali sehari.Kalau boleh buat lebih dari itu pun lebih bagus.Tujuan muka perlu dicuci dengan kerap adalah untuk menghilangkan minyak berlebihan yang tersumbat pada pori-pori muka.Saya sejujurnya malas juga nak cuci muka,ulang alik ke bilik air.Tapi demi memikirkan ‘pinjaman Allah‘ kepada kita,tersentap dan mulai sedar.

Gunakan pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka berminyak.Kulit muka berminyak juga berpotensi diserang bakteria dan kuman yang boleh menimbulkan masalah seperti bisul dan jerawat.Oleh kerana kulit terdedah kepada bakteria pastikan apabila mencuci muka kuku tidak terkena pada bahagian kulit kerana untuk pengetahuan semua kuku tangan adalah paling mudah dijangkiti bakteria.

Di sini saya sarankan anda mengunakan produk organik kerana ianya adalah dari sumber bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia yang merbahaya.

Guna Limau Nipis

Teringat petua yang ummi berikan kepada saya.Gunakan perahan limau nipis untuk mencuci muka.Perahan limau nipis ini membantu mengecutkan pori-pori muka dan mengurangkan kadar lemak.Sebaiknya lakukan rawatan dengan perahan limau nipis ini secara rutin.Melakukan cara ini secara teratur akan memberi respon yang positif .kulit muka anda akan mulus dan bebas dari jerawat.

Jaga Pemakanan

Sebut perihal pemakanan,saya sendiri pun susah hendak kawal.Tapi disebabkan kulit muka saya yang berminyak,memang kena pantang.Bukan tak boleh makan terus,tetapi kawal pengambilan makanan berminyak.Seeloknya jangan makanlah.Selain makanan yang berminyak,mereka yang mempunyai kulit berminyak juga tidak digalakkan untuk makan coklat,makanan pedas,makanan yang mengandungi rempah yang banyak dan makanan bersantan .

Facial Muka

Selain itu,boleh juga cuba facial muka,peeling dan dan urutan wajah.Lakukan selang dua (2) minggu sekali untuk membersihkan tompokan lemak dan pori-pori muka.Pemakaian mask muka juga berkesan untuk penjagaan kulit muka berminyak.Namun anda harus bijak memilih produk jenis mask.Pilihlah produk yang semulajadi tanpa bahan kimia.Melakukan facial muka ini juga sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat dan mampu mengatasi kulit muka berminyak.

Guna Air Didih

Teknik yang dipanggil pengewapan muka.Caranya sangat mudah.Saya sendiri pernah cuba.Ambil satu bekas yang mengandungi air yang mendidih.Letakkan tuala bersih pada kepala dan halakan muka kepada air tersebut sehingga wap tertumpu pada muka.Tujuan teknik ini adalah untuk mengecilkan liang-liang pori muka mengeluarkan kotoran dan mengurangkan kadar minyak pada muka.Kalau malas juga,tanak nasi.Masa nasi tu mendidih,buka tudung nasi dan halakan muka.Cara begini  juga berkesan

Buat Dan Bertindak Segera

Kesemua cara telah saya rungkaikan satu persatu dan kini pilihan terletak pada tangan anda semua.Kalau hendak cantik,kenalah berusaha sedikit.Lakukan cucian muka secara rutin.Perahan limau nipis juga sangat membantu di samping pemakanan juga perlu dipantau.Sekali-sekala cuba ke spa atau buat facial sendiri di rumah.Kalau malas juga,buat teknik didihan air tu.

Comments