Begitulah kebiasaannya seorang yang telah menjadi ibu harus akur dengan kerja-kerja rumah.Hal ini menjadi satu masalah bagi mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa.Namun di sini ada tips di mana hari hujung minggu anda tidak di ganggu dengan kepenatan.
Bagi meringankan beban kerja di hujung minggu, sebenarnya ada caranya. Nak tahu bagaimana? Buatlah jadual kerja harian untuk seminggu.Cara ini pastinya hujung minggu anda akan menjadi lebih relaks dan membahagiakan!
Isnin
Hanya buat pembersihan major untuk tandas sahaja. Jika waktu pagi tidak sempat pastikan anda lakukan sebelum tidur.
![]() |
membersihkan tandas |
Selasa
Jadikan hari membersihkan habuk, peruntukkan sekurang-kurangnya 15-30 minit untuk melakukan tugas-tugas ini.
![]() |
lap habuk dalam rumah |
Rabu
Hari ini pula dikhaskan untuk melakukan tugas vacuum. Sebaiknya buatlah awal pagi sebelum anda mandi. Tidak memakan masa yang lama pun.
![]() |
anda boleh vacum lantai |
Khamis
Kali ini buat tugas mop lantai. Sama juga sebaiknya lakukan awal pagi sebelum mandi untuk bersiap ke tempat kerja.
![]() |
anda boleh mop lantai |
Jumaat
Bersihkan ruang dapur sambil-sambil itu bolehlah buat sarapan ringkas untuk di bawa ke pejabat.
![]() |
membersihkan ruang dapur |
Sabtu & Ahad
Tidak perlulah tumpukan sepenuhnya pada tugas-tugas membersihkan rumah. Mungkin hanya berikan sedikit tumpuan pada ruang bilik dan melipat pakaian sahaja. Selebihnya anda ada banyak masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga tercinta.
Comments
Post a Comment